Tembok
Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara "7 keajaiban
dunia". Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman
purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di
dunia.
Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer.
Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum
Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di
tengah China pada waktu itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu
pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga
Zaman Negeri-negeri Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan
dan raja pelbagai negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri
masing-masing telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan. Pada tahun 221
sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan China.
Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang
lebih 5 ribu kilometer bagi memghalang serangan askar suku kaum normad di
padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah
memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa
selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing
telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer,
lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Projek Tembok Besar sungguh
menakjubkan.
Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar
yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644.
Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut
China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di
timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.
Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar
dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang
rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur
yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah
memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.
Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung, di
sebelahnya adalah lereng gunung terjal yang curam. Tentera musuh sukar untuk
melancarkan serangan terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar.
Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang,
tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Tinggi Tembok Besar umumnya
belasan meter dan lebar di atas Tembok Besar itu kira-kira 5 meter, 4 orang
askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan
makanan dapat diangkut di atasnya. Askar boleh turun dan naik menerusi tangga
dan pintu yang dibina di sebelah dalam. Banyak kubu pertahanan telah dibina di
sepanjang Tembok Besar. Kubu pertahanan itu mempunyai banyak fungsi. Fungsi
pertama ialah tempat askar berlindung semasa berperang. Mereka juga boleh
berehat di kubu itu pada waktu aman disamping menjadi tempat menyimpan senjata
dan bekalan bahan makanan, apabila musuh menyerang, tahi serigala dibakar di
atas kubu pertahanan tersebut membentuk asap untuk menyampaikan isyarat bahaya
dengan segera.
No comments:
Post a Comment